Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saksi kata tak pertikai akidah sendiri selepas tonton ‘Mentega Terbang’

today15 October 2026

Background


‘Mentega Terbang’ ditayangkan pada 28 Nov 2021 sebelum KDN mengharamkannya pada 1 Sept 2023.
KUALA LUMPUR:

Seorang saksi pihak pendakwaan, yang membuat laporan polis terhadap filem kontroversi ‘Mentega Terbang’ pada 2023, memberi keterangan di mahkamah majistret bahawa filem itu tidak menyebabkan beliau mempertikaikan akidahnya sebagai seorang Islam.

Yamna Ismail berkata beliau sudah pun mempelajari tentang penjelmaan semula (reinkarnasi) daripada sumber lain, termasuk bahan bacaan, filem dan anime, sebelum menonton ‘Mentega Terbang’.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan silang oleh peguam bela, Zaid Malek.

Zaid: Walaupun filem ini menyebut tentang penjelmaan semula, anda tetap seorang Muslim?

Yamna: Betul.

Zaid: Jadi, filem ini tidak menyebabkan anda terpesong (akidah)?

Yamna: Tidak.

Suri rumah berusia 39 tahun itu memberi keterangan pada hari keempat perbicaraan membabitkan pengarah filem berkenaan, Khairi Anwar Jailani, dan penerbit iaitu Tan Meng Kheng.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf


Previous post