Hot FM

Saksi kes Teoh Beng Hock dipanggil semula


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya akan mengenal pasti saksi yang perlu dirakam semula kenyataan selepas cuti Tahun Baharu Cina. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil semula saksi terlibat kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa terdekat, susulan arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyiasat semula semua aspek berkaitan kes itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya akan mengenal pasti saksi yang perlu dirakam semula kenyataan selepas cuti Tahun Baharu Cina.

“Saya yakin proses ini tidak akan mengambil masa yang lama dan kertas siasatan akan dikembalikan dalam tempoh ditetapkan,” katanya kepada pemberita dalam sesi libat urus bersama wartawan di Bukit Aman.

Shuhaily berkata, beliau dan pegawai penyiasat juga akan menjalankan siasatan semula di lokasi kejadian kematian bekas pembantu exco Selangor itu.

“Kita telah mendapat perintah mandamus daripada mahkamah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version