

Seorang saksi inkues kematian Zara Qairina Mahathir, Noor Aishah Rosli, 51, tidak boleh dianggap pakar psikologi klinikal kanak-kanak kerana tidak berdaftar di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016, Mahkamah Koroner Kota Kinabalu diberitahu.
Mahkamah itu dimaklumkan, Noor Aishah hanya berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor.
Pegawai Pengendali Inkues Nahra Dollah, berkata setakat ini tiada keterangan membuktikan saksi berkenaan berdaftar pakar psikologi klinikal kanak-kanak, sebaliknya hanya sebagai kaunselor berdaftar, lapor Bernama.
Beliau turut menegaskan gelaran pakar psikologi klinikal kanak-kanak perlu didaftarkan di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 dan perkara itu penting dalam prosiding inkues.
Noor Aishah, yang memberi keterangan pada hari kedua,…