
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Ibrahim Ali memberitahu Mahkamah Tinggi beliau sangat yakin cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib Razak ialah wang peribadinya, bukan milik anak syarikat SRC International Sdn Bhd.
Ibrahim, 74, berkata Najib mengeluarkan cek itu pada Mei 2015 dan ketika itu, beliau tidak tahu sumber wang tersebut selain tidak menyoalnya kerana Najib perdana menteri dan presiden Umno.
“Setelah saya kalah dalam PRU13 pada 2013, saya hanya berdiam diri dan kecewa kerana telah banyak mengeluarkan belanja sendiri semasa menjadi Ahli Parlimen bebas selepas PRU 12 dan semasa bertanding sebagai calon bebas pada PRU13,” katanya.
“Selepas hampir dua tahun, saya telah memohon untuk bertemu Najib, dan temu janji tersebut ditetapkan pada 4 Mei 2015 di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Ketika perjumpaan…