KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Aidil Travel & Tours Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa menjadi satu kesalahan apabila wang bayaran balik bagi pembatalan tempahan percutian keluarga Azlan Man berjumlah RM430,279.95 dibuat kepada bekas menteri besar Perlis itu.
Mohamad Azri Ahmad, 49, berkata beliau berasa pelik apabila bayaran bagi pembatalan percutian itu dipulangkan kepada Azlan, sedangkan kerajaan negeri Perlis yang membayar pakej percutian Azlan ke London, United Kingdom pada 2016 dan 2017.
“Saya bercakap bagi pihak syarikat (Aidil Travel & Tours), saya ingin serve (beri perkhidmatan), tetapi menjadi satu kepelikan apabila wang daripada kerajaan negeri saya kena pulangkan kepada individu. Benda itu salah bagi saya,” katanya ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya…