Presidennya Adnan Mat berkata bagaimanapun pihaknya bersolidariti dengan isu membelenggu doktor kontrak.

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bersolidariti dengan isu doktor kontrak, namun kumpulan itu tidak mempunyai ‘locus standi’ melakukan mogok kerana tidak berkesatuan.
Presiden Cuepacs Adnan Mat, berkata tindakan mogok itu boleh menjejaskan sistem penyampaian kesihatan kerajaan kepada rakyat.
Adnan berkata, kumpulan itu boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan perkhidmatan awam.
“Maka dengan itu mendedahkan mereka ini (untuk) berada dalam tindakan dan peraturan dalam perkhidmatan serta akhirnya boleh menjejaskan kemajuan kerjaya mereka yang telah pun ada dalam sistem perkhidmatan walaupun sebagai pekerja…