Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Salah guna dadah, Farid Kamil didenda RM5,000

today30 November 2022

Background



Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari turut diperintahkan berada dalam pengawasan selama dua tahun. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memerintahkan pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari, membayar denda RM5,000 kerana kesalahan menggunakan ganja, empat tahun lalu.

Dalam membenarkan rayuan Farid mengenai hukumannya, tiga hakim bersidang dipengerusikan Kamaludin Said, menggantikan hukuman penjara sembilan bulan dikenakan majistret kepada denda.

Bagaimanapun, hakim bersidang juga mengekalkan perintah pengawasan terhadap Farid, 41, selama dua tahun berkuat kuasa hari ini.

Farid kemudian membayar denda itu.

Kamaludin, yang bersidang bersama Hakim Ahmad Nasfy Yasin dan See Mee Chun, berkata kes itu adalah jelas dan tidak menjurus kepada kesalahan yang terlalu serius atau berat.

“Hukuman penjara juga tidak sejajar dengan trend hukuman bagi kesalahan (dilakukan oleh Farid),” katanya.

Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik berhujah majistret…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post