Site icon Hot FM

Salah guna pas lawatan berniaga keropok, 8 Pati ditahan


Imigresen berkata lapan lelaki Thailand ditahan dipercayai melakukan kesalahan bawah Peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial. (Gambar Imigresen)

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen (JIM) menahan lapan pendatang asing tanpa izin (Pati) kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial (PLS) untuk berniaga dalam operasi bersepadu di Taman Desa Cemerlang, Johor, semalam.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir, berkata tangkapan itu dibuat di sebuah kedai disyaki menjalankan perniagaan tanpa lesen memproses dan membungkus keropok ikan diimport dari Thailand.

“Lapan lelaki warga Thailand yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan bawah Peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan PLS,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, dalam operasi berasingan di lokasi sama, seramai 34 Pati melibatkan 20 Myanmar, empat Bangladesh, lapan Indonesia dan masing-masing seorang warga India dan Pakistan ditahan,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version