
PETALING JAYA: Salleh Said Keruak mengkritik sikap Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, terhadap peranan pembangkang dalam ekonomi.
Veteran Umno itu berkata Muhyiddin seperti percaya bahawa membaiki ekonomi adalah tugas perdana menteri manakala pembangkang pula berkewajipan untuk melemahkannya.
Tambahnya, Muhyiddin seperti percaya perdana menteri harus dipersalahkan sekiranya gagal baiki ekonomi, manakala pembangkang pula tidak patut dipersalahkan kalau mereka mensabotajnya.
Semalam, Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional memberi amaran bahawa kejatuhan nilai ringgit menghakis keyakinan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Terdahulu hari ini, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, berkata Anwar yang patut dipersalahkan atas kejatuhan ringgit.
Beliau menjawab kenyataan Salleh bahawa dakwaan berterusan pembangkang berhubung menukar kerajaan bererti mereka…