
Saman pemula difailkan tiga bekas Adun PAS bagi mencabar keputusan speaker DUN Perlis mengisytiharkan kekosongan luar jangka kerusi mereka dibatal Mahkamah Tinggi Kangar.
Hakim Mohamad Abazafree Mohd Abbas membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Speaker Rus’sele Eizan untuk membatalkan saman itu, tanpa sebarang perintah kos, lapor Sinar Harian.
Dalam penghakimannya, Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan memberikan keistimewaan kepada speaker DUN, sekali gus menjadikan kesahihan keputusannya tidak boleh dipersoalkan mana-mana mahkamah.
Mahkamah turut memutuskan keputusan speaker menggunakan budi bicara di bawah Perkara 50A Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis adalah sah.
Selain itu, mahkamah berpandangan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk…