
KUALA LUMPUR: Seorang usahawan dan syarikatnya memperoleh ganti rugi RM250,000 selepas menang dalam kes saman terhadap pelakon Rafidah Ibrahim, berhubung dakwaan enggan membayar hasil kerja selebriti itu, tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee memutuskan demikian, selepas membenarkan saman fitnah difailkan Haris Embong, 47, dan syarikatnya Arisprop Holdings Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan produk sejuk beku, ‘Aris Burger’ selaku plaintif terhadap Rafidah, 38, sebagai defendan.
Lee dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati hantaran kedua yang diterbitkan defendan di media sosial adalah fitnah, kerana perkataan yang digunakan defendan itu mendedahkan plantif-plaintif kepada kebencian, cemuhan atau penghinaan.
“Mahkamah mendapati hantaran…