Hot FM

Saman Halim Saad terhadap Dr M berkait Renong batal


Mahkamah perintah Halim Saad bayar RM10,000 sebagai kos kepada Dr Mahathir Mohamad, Nor Mohamed Yakcop, dan kerajaan.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membatalkan saman ahli perniagaan Halim Saad terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan dua individu lain berhubung tindakan kerajaan mengambil alih pegangannya dalam Renong-UEM Group.

Pesuruhjaya Kehakiman Suzana Muhammad Said berkata saman Halim itu difailkan melebihi tempoh masa yang diperuntukkan, dan perkara tuntutan itu sudah diputuskan dalam kes sebelum ini.

Mahkamah memerintahkan Halim membayar RM10,000 sebagai kos kepada Mahathir, dan defendan lain iaitu bekas menteri kewangan II Nor Mohamed Yakcop, dan kerajaan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version