Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saman Taman Sri Muda: Kerajaan Selangor dapatkan pandangan penasihat undang-undang

today30 September 2026

Background


Amirudin Shari
Menteri Besar Amirudin Shari kata pandangan penasihat undang-undang negeri penting bagi mementukan tindakan lanjut susulan keputusan mahkamah berkait saman penduduk Taman Sri Muda.
SHAH ALAM:

Selangor akan mendapatkan maklumat serta pandangan daripada penasihat undang-undang negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan 50 penduduk Taman Sri Muda berjaya dalam saman berkaitan banjir besar pada Disember 2021.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata pandangan berkenaan penting bagi menentukan tindakan lanjut, termasuk keperluan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

“Saya akan dapatkan makluman daripada pihak pegawai penasihat undang-undang negeri untuk melihat proses-proses seterusnya. Sama ada proses rayuan harus dilakukan ataupun tidak kerana ia baharu keputusan di Mahkamah Tinggi.

“Masih ada ruang untuk rayuan dibuat untuk memberikan justifikasi-justifikasi tertentu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Strategik Jalan dan Lebuh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post