Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM akan memperincikan cadangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu.

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik saranan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mahu murid dilibatkan dalam kebersihan di sekolah termasuk mencuci tandas.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata KPM akan memperincikan cadangan tersebut dan ruang pelaksanaan yang memberikan impak dan nilai tambah kepada murid secara keseluruhan.
“Saya sambut baik saranan perdana menteri agar murid dilibatkan dalam siri pendidikan kebersihan di Sekolah.
“Sesi turun padang dan lawatan kerja di sekolah juga turut melibatkan semakan status kebersihan dan penyelenggaraan tandas,” katanya di Facebook.
Terdahulu Anwar sekali lagi menegur mengenai kebanyakan tandas di sekolah di negara ini yang tidak terjaga dan dibaik pulih sebaiknya.
Anwar…