Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sambut Hari Lahir Ke-30, Aedy Ashraf Suap Nabila Razali Kek!

today15 November 2022

Background

Penyanyi Nabila Razali baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-30 pada 13 November lalu.

@nabila.razaliiHappy Birthday Nabila Aulia πŸŒ·β™¬ Akad – Payung Teduh

Menerusi video berdurasi 31 saat yang dikogsikan di TikTok, Nabila menyambut hari lahir di set penggambaran dan aktor kacak Aedy Ashraf menyuapkan kek ke dalam mulutnya.

Susulan hantaran itu, warganet tertanya-tanyaΒ apakah tujuan kehadiran Aedy di situ dan ada yang berpendapat mereka berdua sedang menjalinkan hubungan istimewa.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat kehadiran Aedy yang mesra melayan Nabila dan ada juga yang berpendapat akan keluarnya satu lagu baharu yang menampilkan mereka bersama.

“Ada lagu baru ni, korang lupa ke kita satu Malaysia kena prank suatu ketika dahulu!” tulis seorang warganet.

Difahamkan, Nabila dan Aedy kini menjalani penggambaran drama bersiri bertajuk Kerana Cinta Itu Ada.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 680,000 tontonan, dan lebih 90,000 tanda suka.

Written by: Aqilah


Previous post