Penyanyi, Akwa Arifin berkongsi berita gembira memaklumkan isteri tercintanya yang juga seorang penyanyi, Najwa Latif telah selamat melahirkan cahaya mata sulung.
Menerusi perkongsian bersama Najwa di Instagram (IG) miliknya, Akwa berkata isterinya telah selamat bersalin pada 11 November 2025, yang juga merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga tahun.
“Alhamdulillah, saya dan Najwa amat bersukacita untuk berkongsi bahawa kami telah dianugerahkan cahaya mata pada 11.11.2025. Tarikh tersebut menjadi lebih istimewa kerana ia turut menandakan ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga,” katanya ringkas di kapsyen.
View this post on Instagram
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen meluahkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada pasangan sejoli itu atas kurniaan Illahi.
Pada Disember tahun lalu, Najwa pernah memaklumkan berita duka apabila dia mengalami keguguran pada usia kandungan hanya bertahan lima minggu.
Sekadar info, pelantun lagu terkenal Cinta Muka Buku itu mendirikan rumah tangga bersama ahli muzik, Akwa pada 11 November 2022.
Artikel Berkaitan: Alami Keguguran, Najwa Latif & Suami Mohon Beri Ruang – “Allah Bagi Pinjam 5 Minggu Saja…”