Hot FM

Sambutan tahun baharu dibatal, kerajaan disaran salur peruntukan pada mangsa banjir



Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing berkata, penyaluran peruntukan itu boleh membantu mangsa dan pemain industri pelancongan yang terjejas dengan banjir. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mencadangkan peruntukan untuk majlis besar-besaran dan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 oleh agensi kerajaan yang dibatalkan, disalurkan kepada mangsa dan pemain industri pelancongan terjejas dengan banjir.

Menterinya, Tiong King Sing berkata, ia selaras saranan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang mahu agensi kerajaan menghentikan penganjuran majlis besar-besaran serta pembelian pakaian baharu bagi sesebuah majlis demi mengelakkan pembaziran perbelanjaan.

“Keputusan ini dibuat tepat pada masanya dan merupakan tindakan terpuji, lebih-lebih lagi di saat negara berdepan peristiwa duka susulan banjir yang berlaku di Pantai Timur serta tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang mengorbankan banyak nyawa,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version