Hot FM

Samenta gesa kerajaan pertimbang gubal Akta Sabotaj Ekonomi


Samenta bimbang tindakan boikot akan memberi kesan bukan sahaja kepada perniagaan tetapi pekerjaan.

PETALING JAYA: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menggesa kerajaan mempertimbangkan untuk menggubal Akta Sabotaj Ekonomi susulan tindakan beberapa pihak yang menjejaskan ekonomi negara.

Presidennya William Ng berkata tindakan sesetengah individu dan kumpulan termasuk ahli politik itu perlu dibanteras segera kerana dibimbangi memberi kesan jangka panjang kepada ekonomi negara.

Menurutnya, akta juga harus mengklasifikasikan perbuatan individu dan organisasi yang menganjur, menggalak atau menjalankan tindakan sabotaj ke atas perniagaan sebagai jenayah.

“Akta ini seharusnya membawa hukuman penjara yang berat setara dengan kesan jangka panjang tindakan sedemikian kepada ekonomi dan kehidupan rakyat.

“Undang-undang sedia ada tidak menghukum boikot terancang dan tidak juga menjenayahkan tindakan menganjur dan menggalak boikot tersebut,” katanya dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version