
KUALA LUMPUR: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menghantar pulang serta menukar hasil eksport mereka kepada ringgit bagi menguatkan mata wang negara.
Ini susulan gesaan Bank Negara Malaysia supaya perniagaan berbuat demikian sebagai sebahagian daripada pendekatan ‘seluruh negara’ untuk memastikan kestabilan ringgit.
Presiden Samenta William Ng, berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sudah mula berbuat demikian dan telah menunjukkan kesan awal.
“Oleh itu, sekarang adalah masa yang sesuai untuk PKS membawa pulang simpanan mereka di luar negara bagi menyokong mata wang ringgit. Secara tidak langsung ia akan membantu mengurangkan ketidakstabilan nilai mata wang ringgit dan…