Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sami warga asing disyaki rogol dicekup polis

today27 September 2023

Background


Lelaki itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

PETALING JAYA: Seorang sami warga asing yang diburu kerana disyaki merogol wanita tempatan, berjaya ditahan polis Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Serdang, Izuddin Ab Wahab, berkata, suspek berusia 40-an ditahan di Puchong Jaya.

“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 30 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini hanya seorang mangsa yang membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.

Terdahulu, polis memburu suspek terbabit kerana dipercayai merogol wanita terbabit di Puchong, Ogos lalu.

Wanita berumur 30an itu membuat laporan selepas mendakwa menjadi mangsa suspek dalam kenderaan miliknya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Sainbayar belum mengalah pertahan Jersi Putih

Genting Highlands: Pemenang Jersi Putih Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 dari pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Jambaljamts Sainbayar belum menyerah kalah apabila tekad melakukan henjutan terakhir dalam baki tiga perlumbaan, bermula esok.

today27 September 2023