Van biru muda Mazli Maseka mengisi ketiadaan perkhidmatan kutipan sampah dari rumah ke rumah di kampung-kampung sekitar pekan Tanjong Karang.

KUALA SELANGOR: Potensi sampah sebagai rezeki tersingkap di depan mata Mazli Maseka ketika beliau tercari-cari peluang baharu demi kelangsungan hidup, apabila bengkel basikalnya kurang dapat sambutan ekoran pandemik Covid-19.
Pada suatu hari kira-kira empat bulan yang lalu, usahawan cekal ini mempertaruhkan modal dan tenaga untuk mengisi ketiadaan perkhidmatan kutipan sampah dari rumah ke rumah di kampung-kampung sekitar pekan Tanjong Karang.
Idea itu muncul ketika Mazli, 42, sedang membakar sampah di rumah – amalan lazim di kampung-kampung lagi-lagi apabila tong sampah awam terletak jauh.
“Biasanya sampah harian, saya akan bakar sahaja kerana nak buang di tong sampah agak jauh, itu yang terfikir nak buat kerja…
