Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

"Sampai Sekarang Aku Masih Cuba Pujuk Diri,"-Nazim Othman

today28 March 2019

Background


Pelakon, Nazim Othman baru-baru ini meluah perasaan yang terpendam dalam hati di laman Instagram miliknya @nazimothman.
Menerusi satu foto yang dimuat naik, kelihatan Nazim sedang berada di sebuah kawasan perkuburan untuk menjalani penggambaran.
Namun, sebaik sahaja tiba di lokasi tersebut Nazim memberitahu hatinya menjadi sayu dan tidak berhenti membaca surah Al-Fatihah.

“Hari ni ada shooting kat kubur. Masa kereta aku masuk ke perkarangan kawasan perkuburan, mulut aku dah terkumat-kamit sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang dah pergi dulu.
“Sepanjang kat kawasan kubur tadi, aku tak banyak bercakap kecuali bila perlu je, sebab dalam hati masih tak berhenti membaca Al-Fatihah, sambil mata aku memandang ke semua kubur yang ada kat situ. Aku jadi sayu mengenang betapa lama aku hanyut dek khilaf.
“Aku pun tak tau macam mana nak luahkan perasaan yang datang tadi. Aku cuma boleh rasa Allah cuba menyampaikan sesuatu pada aku. Dijentiknya hati ini hingga jadi sebak, sampai sekarang aku masih cuba pujuk diri… kalau nak menangis, menangislah dalam doa lepas solat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nazim juga berpendapat mungkin apa yang dirasakannya itu adalah petunjuk dari Tuhan agar dia kembali mendekatkan diri dengan sang pencipta.

“Allah menduga bukan kerana Dia membenci, barangkali kerana Dia rindu dan semua ini adalah caranya untuk mengembalikan hati aku supaya tak berhenti memuja keagunganNya. Sesungguhnya Allah maha besar, maha pengampun lagi maha penyayang,” katanya lagi.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen-komen positif dan mendoakan Nazim agar sentiasa berada di bawah lindunganNya.

Written by: Jay


Previous post