
PETALING JAYA: Polis mengesahkan ujian darah empat individu yang meninggal dunia selepas menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada malam ambang tahun baharu lalu ada kandungan dadah.
Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata pengesahan itu hasil laporan daripada Jabatan Kimia yang diterima polis pada minggu lalu.
“Laporan diterima dari Jabatan Kimia, darah semua si mati mengandungi kandungan dadah dan dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan laporan penuh.
“Laporan toksikologi untuk seorang daripada dua mangsa yang sebelum ini dirawat di unit rawatan rapi hospital juga sudah diterima dan didapati positif dadah,” katanya dalam kenyataan menurut Berita Harian.
Katanya, polis juga masih menunggu laporan toksikologi seorang lagi mangsa yang dirawat di PPUM dan menunggu kebenaran…