Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Samsuri beri bayangan PRN Melaka kurang 2 bulan lagi

today23 August 2026

Background


AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar mahu petugas pilihan raya PN di Melaka memulakan persiapan serta-merta.
PETALING JAYA:

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar, memberi bayangan bahawa PRN Melaka mungkin diadakan dalam tempoh dua bulan akan datang, dan berkata terdapat sebab bagi tempoh berkenaan tanpa menghuraikannya.

Samsuri meminta petugas pilihan raya PN di Melaka memulakan persiapan serta-merta dan menggunakan sepenuhnya tempoh yang masih berbaki.

“Tempoh yang ada ini yang tinggal sebelum dibubarkan DUN Melaka, saya kira tidak lebih daripada dua bulan sehingga tarikh pilihan raya,” katanya dalam ucapan sempena majlis kutipan dana PAS Melaka malam tadi, disiarkan secara langsung di Facebook.

Samsuri berkata jentera pilihan raya perlu bergerak berdasarkan andaian bahawa mereka mempunyai tempoh maksimum 60 hari.

“Ada sebab kenapa saya sebut dua bulan, tapi saya tak nak jelaskan di sinilah,” katanya.

Beliau berkata kempen yang berdisiplin boleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Predeep Nambiar


Previous post