Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Samun, bunuh warga emas di Jasin, penganggur direman 7 hari

today21 January 2023

Background



Suspek berusia 20 tahun itu sebelum ini mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes rompak dan samun. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Penganggur disyaki membunuh wanita warga emas dalam kejadian samun di Kampung Pulai Darat, Jasin, semalam, direman tujuh hari sehingga Jumaat.

Perintah reman terhadap suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan Majistret Zuraidah Abu Bakar.

Menurut laporan Astro Awani, suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dibawa ke pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh dengan dikawal ketat sepasukan pegawai dan anggota polis.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi, Jumaat, mangsa Misah Md Amin, 91, ditemukan dalam keadaan terbaring di bahagian dapur rumahnya.

Pemangku Ketua Polis Jasin Mohd Fadzli Othman, berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 3.54 pagi berhubung kejadian itu, sebelum pasukan polis kemudian berjaya menahan suspek di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post