
PETALING JAYA: Polis menahan 20 individu yang menyertai ‘parti liar’ di sebuah inap desa di Jalan Presint 1, Damansara Perdana, di Sungai Petani, dalam serbuan awal pagi tadi.
Dalam serbuan jam 3 pagi itu, 18 lelaki dan dua wanita berkenaan yang berusia 18 hingga 24 tahun, dikatakan berkongsi wang untuk menyewa inap desa terbabit dengan bayaran tertentu dikenakan.
Sesetengah daripada mereka didapati positif dadah selepas ujian saringan air kencing dilakukan polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah, berkata mereka didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial dan dikenakan kompaun.
“Semua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan dan pemeriksaan lanjut.
“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan, enam lelaki positif dadah,” katanya…