
MASJID TANAH: Mas Ermieyati Samsudin menyangkakan yang perjalanan politiknya sudah terkubur selepas keluar Umno, lagi-lagi Masjid Tanah dan kawasan sekitar dilihat sebagai kubu kuat parti lama itu.
Malah, bekas penyandang Parlimen Masjid Tanah itu menjangkakan akan kalah teruk di tangan calon Umno apabila diarah bertanding di DUN Tanjung Bidara pada PRN Melaka lepas.
Seperti diramalkan Mas Ermieyati tumpas, namun kekalahannya membuka mata ahli politik wanita itu – Umno terpaksa berpuas hati dengan kelebihan 364 undi, meskipun beliau ‘orang luar’.
Mas Ermieyati yang bertanding sebagai calon Perikatan Nasional meraih 3,195 undi manakala pemenang, Ab Rauf Yusoh, mendapat 3,559 undi. Calon Pakatan Harapan hilang deposit.
“Tanjung Bidara bukan kampung saya. Kampung saya di Ayer Limau. Bila diletak bertanding di sana, saya jangka kalah teruk…