Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sangkal Malaysia Negara Kelas Ketiga, Wanita Amerika Ini Kagum Dengan Kemewahan Pavilion KL

today6 June 2022

Background

Masih menuju ke arah negara maju, Malaysia adalah negara yang pesat membangun dan beberapa industri di dunia dikuasai oleh negara kita. Akan tetapi, ada sesetengah golongan menganggap bahawa Malaysia berada dalam kategori negara kelas ketiga.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @tiffanywernertraveling telah berkongsi video dimana menyangkal dakwaan rakan-rakannya di Amerika Syarikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara kelas ketiga.

@tiffanywernertraveling

Wow!! Blown away #pavilion #mall #malaysia #kl #america

♬ original sound – Werner family travel

Menerusi video tersebut, dia mengatakan bahawa sebuah negara kelas ketiga tidak mungkin memiliki pusat beli-belah mewah yang cantik seperti Pavilion Kuala Lumpur.

Tambahnya, tiada tempat sebesar dan secantik pusat beli-belah seperti Pavilion yang wujud di tempatnya. Malah, dia juga memuji dan meluahkan rasa gembira dapat melihat tempat seperti ini.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengalu-alukan kedatangan wanita tersebut bercuti ke Malaysia. Akan tetapi, ada juga netizen yang mengatakan tidak terkejut dengan dakwaan rakan-rakan wanita itu di Amerika Syarikat tentang Malaysia.

Malah, segelintir netizen berpendapat bahawa rata-rata warga Amerika tidak pernah mengambil tahu tentang negara lain kerana menyangka negara mereka adalah yang paling maju di dunia.

Written by: Mimieyuzi


Previous post

Sukan

Wales Tamatkan Penantian Selama 64 Tahun Layak Ke Piala Dunia

Skuad kebangsaan Wales akhirnya berjaya ke Piala Dunia pertama mereka sejak tahun 1958. Mereka menewaskan Ukraine 1-0 di Cardiff hasil jaringan kapten Skuad kebangsaan Wales akhirnya berjaya ke Piala Dunia pertama mereka sejak tahun 1958. Mereka menewaskan Ukraine 1-0 di Cardiff hasil jaringan kapten pelawat Andriy Yarmolenko yang tertampan bola sepakan percuma Bale ke gawang sendiri.

today6 June 2022