
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan Sanusi Nor daripada pertuduhan menghasut menyentuh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam ceramah politik, Julai tahun lalu.
Bagaimanapun menteri besar Kedah itu masih berdepan satu lagi pertuduhan menghasut berkaitan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang akan dibicarakan 24 hingga 28 Feb depan.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Masri Mohd Daud di hadapan Hakim Aslam Zainuddin, lapor Berita Harian
Sanusi, 50, didakwa menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak, kira-kira jam 11 malam ,11 Julai 2023.
Beliau didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara…