Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sanusi cadang beras Kedah, lebih murah untuk rakyat

today17 February 2024

Background


Sanusi Nor berkata rakyat Kedah seharusnya berpeluang membeli beras pada harga lebih murah berbanding pasaran berikutan negeri itu menyumbang lebih 40% pengeluaran beras negara.

PETALING JAYA: Kerajaan negeri berhasrat mengeluarkan beras Kedah yang akan dijual lebih murah berbanding harga pasaran untuk rakyatnya, kata Menteri Besar Sanusi Nor.

Sanusi berkata, pihaknya akan cuba mencari jalan merealisasikan hasrat itu supaya rakyat dapat menikmati beras Kedah pada harga murah.

β€œKita cuba cari jalan untuk wujudkan beras Kedah untuk rakyat negeri ini seperti kerajaan Terengganu wujudkan beras Ganu untuk rakyat mereka,” katanya menurut Kosmo.

Beliau ditemui selepas menyertai program berbasikal Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Menteri Besar (MB) Charity Ride di Merdeka Beach Resort, Sungai Petani.

Sanusi berkata, rakyat Kedah seharusnya berpeluang membeli beras pada harga lebih murah berbanding pasaran berikutan negeri itu menyumbang lebih 40% pengeluaran beras…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post