
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Sanusi Nor, tidak bersetuju apabila nama beliau dicadangkan untuk jawatan pengerusi Perikatan Nasional.
Beliau, yang juga menteri besar Kedah, sebaliknya mencadangkan Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar, yang juga rakan sejawatan di Terengganu.
“Saya tak setuju. Ada calon lain lebih layak. Saya cadang Samsuri, menteri besar Terengganu” katanya kepada FMT, mengulas sokongan terbuka beberapa pihak kepada beliau untuk menggantikan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
Semalam, Ketua Dewan Ulama Ahmad Yahaya mengumumkan beliau bersetuju sekiranya Sanusi dicadangkan untuk jawatan pengerusi PN, begitu juga Pemuda PAS Selangor.
Meskipun terdapat tiga nama lain ditimbulkan — Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Samsuri — Sanusi memperoleh sokongan terbuka dalam kalangan PAS,…