
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Razarudin Husain memberitahu beliau “tidak mendapat maklumat” berhubung pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor di mahkamah, esok.
“Saya belum dapat tahu lagi. Yang itu (pendakwaan) belum tahu lagi,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Interaksi bersama Speaker Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di Parlimen.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media pemimpin PAS itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang.
Razarudin petang tadi dilaporkan berkata, siasatan isu kes 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) membabitkan Sanusi sudah hampir selesai, manakala kertas siasatan itu sudah disiapkan lebih 90%.
Menerusi semakan sistem mahkamah, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu akan didakwa di dua mahkamah iaitu di hadapan Hakim Nor Rajiah…