Site icon Hot FM

Sanusi nafi pembalakan punca mendapan selut di Tasik Muda


Sanusi Nor menegaskan aktiviti pembalakan di Kedah mematuhi peraturan dan piawaian antarabangsa.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor menafikan dakwaan aktiviti pembalakan dekat kawasan tadahan Tasik Muda sehingga menyebabkan mendapan selut dalam air.

Beliau menegaskan aktiviti pembalakan di Kedah mematuhi peraturan dan piawaian antarabangsa.

Katanya, semua syarat dan peraturan ke atas industri pembalakan dan perkayuan dipatuhi serta dikuatkuasakan dengan ketat oleh Jabatan Perhutanan negeri.

“Tak dak isu apa-apa. Sedimentasi berlaku di semua takungan secara semula jadi. Empangan tu dah berusia lebih 50 tahun,” katanya kepada FMT.

Sanusi menjawab gesaan NGO alam sekitar, RimbaWatch untuk kerajaan Kedah menjelaskan kenapa aktiviti pembalakan berlaku dekat kawasan tadahan Tasik Muda.

Katanya, imej satelit menunjukkan operasi pembalakan dimulakan semula di Ulu Muda pada 2021, dan menjelang Oktober serta Disember lalu, sungai itu kelihatan berlumpur dan lumpur itu mendap…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version