Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SAPP umum keluar PN, kata presiden

today14 December 2024

Background


Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee parti itu bertindak keluar PN selepas gabungan itu dilihat mahu bertanding dalam PRN Sabah tidak lama lagi.

PETALING JAYA: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee mengumumkan parti itu secara rasmi keluar dari Perikatan Nasional (PN).

Yong berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat majlis tertinggi parti itu pada 23 Nov lalu sebelum dimaklumkan secara rasmi kepada ibu pejabat PN.

Katanya, keputusan PN untuk bertanding dalam PRN Sabah bercanggah dengan dasar dan pendirian SAPP bahawa semua 73 kerusi DUN negeri itu hanya ditandingi oleh parti-parti tempatan.

“Pendirian SAPP adalah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan autonomi Sabah,” katanya dalam kenyataan menurut NST.

Katanya, SAPP tidak boleh berkompromi dengan komitmen kami untuk memastikan PRN Sabah kekal eksklusif di bawah kuasa parti-parti tempatan dan bebas daripada campur tangan parti yang berpusat di Semenanjung.

SAPP sebelum ini menyertai dua…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post