Bomba berkata penamatan lebih awal operasi juga mengambil kira ancaman haiwan buas.

KUALA TERENGGANU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa yang hilang dihanyut kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman terpaksa dihentikan lebih awal petang tadi kerana dikhuatiri kepala air mungkin berulang.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba Terengganu Azman Alias berkata operasi hari pertama terpaksa ditamatkan pada 6 petang berikutan hujan lebat di lokasi SAR.
Beliau berkata seramai 37 anggota daripada Balai Bomba Dungun, Kemaman, Cheneh, termasuk anggota polis IPD Kemaman dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dikerah untuk operasi SAR yang bermula kira-kira 3 petang.
“Selain cuaca buruk dan tidak menentu, kita juga terpaksa menamatkan operasi SAR lebih awal kerana bimbang ancaman binatang buas memandangkan kawasan jeram ini kawasan…