
Kesan perang di Timur Tengah telah mencetuskan ketidaktentuan ekonomi global menyebabkan ramai terjejas terutama golongan rentan.
Namun penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh dianggap bertuah kerana masih menikmati bantuan bulanan itu tanpa rasa bimbang.
Ketika banyak negara membuat keputusan sukar termasuk mengurangkan subsidi dan memperketat bantuan sosial susulan tekanan ekonomi, Malaysia sebaliknya masih meneruskan agihan SARA bagi meringankan beban kos sara hidup mereka yang memerlukan.
Pembantu kedai makan, Jam Aina Mat Jelani, 48, menyifatkan bantuan bulanan itu bukan sekadar meringankan beban, tetapi menjadi sumber kelangsungan hidup buat enam anaknya yang masih bersekolah.
Jam Aina yang mengekori perkembangan konflik di Asia Barat berkata dia merasa lega kerana…