Hot FM

Sarah Hildebrand Bawa Suami Bercuti Di Kampung Perlis, Seronok Habis!

Pengantin baru, Sarah Hildebrand dan suami, Otto Gillen merupakan pasangan yang cukup serasi.

Malah, wajah mereka juga dikatakan seiras.

Baru-baru ini, Sarah membawa Otto bercuti ke kampung halamannya di Perlis.

Sepanjang seminggu berada di sana, ternyata suami pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu begitu menikmati kehidupan kampung.

Buktinya dapat dilihat menerusi foto-foto yang dikongsikan Otto dan juga Sarah di akaun Instagram mereka.

Wah, seronok betul dapat memancing, tangkap katak dan bercucuk tanam. Lain kan perasaan di bandar dan di kampung?

Sebagai rekod, Sarah, 29, sah bergelar isteri kepada Otto, 26, yang juga seorang pelukis dengan sekali lafaz pada 3 November lalu di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

Exit mobile version