Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sarah Hilderbrand Kembali Bergelar Isteri?

today26 August 2024

Background

Perkongsian terkini pelakon, Sarah Hilderbrand mencuri perhatian selepas dia memuat naik foto memakai cincin di jari manisnya.

Foto tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa aktres kacukan Melayu-Inggeris ini sudah kembali bergelar isteri dipercayai bersama jejaka dari Amerika Syarikat.

Meskipun tidak meletakkan sebarang kapsyen, Sarah yang manis bertudung kelihatan ceria dan bahagia di sisi jejaka tersebut.

Sarah Hilderbrand

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti dan rata-rata netizen mendoakan kebahagiaannya.

Sebelum ini, Sarah pernah berkahwin dengan pelukis kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillien pada 3 November 2019 namun bercerai.

Aktres drama popular Pujaan Hati Kanda memaklumkan telah bersara daripada dunia lakonan pada 2022.

Keputusan tersebut dilakukan selepas Sarah berhijrab ke Amerika Syarikat dan menyertai unit beruniform, Tentera Udara Amerika Syarikat.

Artikel Berkaitan: “Tukar Negara Ke Tukar Agama Sekali?” – Dikecam Netizen Celupar Selepas Kongsi Foto Pakai Bra, Ini Respons Sarah Hilderbrand

Artikel Berkaitan: Sarah Hildebrand Segak Pakai Uniform Tentera, Peminat Titip Ucapan Doa Mohon Istiqamah

Written by: Aqilah


Previous post