Hot FM

Saravanan kekal Timbalan Presiden MIC, 6 calon rebut 3 jawatan Naib Presiden



Presiden MIC, SA Vigneswaran mengumumkan keputusan itu selepas M Saravanan muncul satu-satunya calon untuk jawatan berkenaan apabila pencalonan ditutup 5 petang ini.

KUALA LUMPUR: M Saravanan mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding bagi penggal 2021-2024 pada pemilihan parti kali ini.

Presiden MIC, SA Vigneswaran mengumumkan keputusan itu selepas Saravanan muncul sebagai satu-satunya calon untuk jawatan berkenaan apabila pencalonan ditutup pada 5 petang ini.

Pencalonan bagi jawatan tertinggi parti melibatkan jawatan Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden, 21 ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dan majlis tertinggi peringkat negeri yang berlangsung dari 2 hingga 5 petang di Ibu Pejabat MIC.

Ketika ditemui pemberita, Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia, berkata memperkasakan parti kaum India itu menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) merupakan antara fokus utama beliau dalam tempoh tiga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version