Perkara itu dipersetujui Timbalan Premier Douglas Uggah Embas yang juga pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana negeri.

PETALING JAYA: Sarawak akan kembali mengaktifkan semula wabak rabies sebagai bencana, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah negeri, Stephen Rundi Utom.
Katanya, perkara itu susulan pertemuannya dengan Timbalan Premier Sarawak Douglas Uggah Embas yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
“Saya bertemu dengan menteri bertanggungjawab ke atas JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan kami bersetuju untuk mengaktifkan semula rabies sebagai bencana di negeri ini,” katanya menurut Utusan Borneo.
Stephen berkata, setakat 13 Mei, 11 kes rabies melibatkan manusia dilaporkan dengan sembilan daripadanya menyebabkan kematian.
Beliau berkata, sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak…