
PETALING JAYA: Sarawak masih belum menerima RM100 juta yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai pembayaran balik dana yang diperuntukkan oleh negeri itu untuk menyegerakan baik pulih dan naik taraf sekolah serta klinik daif, kata Timbalan Premier Dr Sim Kui Hian.
Sim, yang juga menteri kesihatan awam, perumahan dan kerajaan tempatan negeri berkata, kerajaan negeri bagaimanapun akan meneruskan projek-projek tersebut menggunakan dana sendiri.
“Kami belum terima apa-apa, tetapi kami tak tunggu. Kami akan rancang (projek) dengan dana yang diperuntukkan oleh premier.
“Tentang janji perdana menteri (itu), kami akan terus ikuti perkembangannya, itu sahaja boleh saya katakan,” katanya di Kuching hari ini, lapor The Borneo Post.
Pada 22 Jun lepas, Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata,…