
PETALING JAYA: Sarawak, yang kini mencapai status berpendapatan tinggi, seharusnya membantu lebih negeri yang mundur untuk membangun, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Sarawak sudah jana banyak wang. Belanjawannya RM11 bilion – sangat tinggi, berbanding Kedah, yang bajetnya hanya RM700 juta,” kata Mahathir dalam wawancara dengan FMT.
“Kita harus ingat bahawa Malaysia sebuah persekutuan. Negeri yang lebih kaya mesti kongsi kekayaan dengan yang lebih miskin,” katanya.
Tetapi keadaan tidak selalu begitu. “Pada mulanya, sudah tentu, Sarawak dan Sabah miskin, dan kerajaan persekutuan terpaksa bantu mereka. Kini, mereka tidak lagi miskin, dan sudah tiba masanya mereka bantu negeri yang lebih miskin,” katanya.

Status Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi didedahkan pada Julai, apabila kiraan oleh kakitangan Bank Dunia di Malaysia disiarkan dalam talian,…