
PETALING JAYA: Rundingan Petronas dengan Sarawak berkait tuntutan negeri mengambil alih peranan agregator gas perlu berlangsung dalam suasana tenang, memandangkan negeri dan negara berdepan kerugian signifikan andai tiada persefahaman dicapai.
Hakikatnya, Sarawak berkemungkinan mengalami lebih banyak kerugian berbanding apa diharapkan untuk diraih daripada tuntutan mengawal pengedaran dan penjualan gas asli yang diekstrak dalam sempadannya, kata pakar.
Buat permulaan, pelaburan berbilion dalam infrastruktur minyak dan gas (O&G), yang kini ditaja jamin syarikat gas negara, Petronas, berkemungkinan akan mengering.
Kedua, jika Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dilantik agregator minyak dan gas untuk negeri, ia mungkin tidak mampu mencapai harga yang adil seperti Petronas, yang berupaya berurusan dengan pemain besar dalam industri.
Sarawak sudah…