
SIBU: Sarawak menerima lampu hijau daripada kerajaan pusat untuk melakukan perbincangan dengan Singapura berkenaan pembangunan projek kabel elektrik dasar laut dari Tondong ke negara tersebut.
Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata pelaksanaan projek yang akan membolehkan Sarawak mengeksport bekalan elektrik sehingga 1,000 megawatt elektrik secara prinsipnya telah diputuskan.
“Sukacita saya nyatakan di sini bahawa projek untuk kita membekalkan tenaga elekrik ke Singapura sehingga 1,000MW sekarang boleh dimulakan kajian, terutama sekali untuk kita mewujudkan projek kabel elektrik dasar laut dari Tondong di Sarawak ke Singapura.
“Jadi kita sudah mendapat keputusan, di mana kerajaan persekutuan telah memberi ‘lampu hijau’ untuk kita berbincang mengenai pelaksanaan projek dan secara prinsipnya telah diputuskan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
Menurut UKAS, Johari turut mengadakan mesyuarat bersama Presiden…