Hot FM

Sarawak eksport tenaga elektrik ke Sabah menjelang 2024



Sarawak membekalkan secara purata sejumlah 89.6MW tenaga elektrik ke Kalimantan, Indonesia sejak September 2016 sehingga September tahun ini.

KUCHING: Sarawak akan mengeksport tenaga elektriknya ke Sabah menjelang 2024 apabila projek penjanaan dan penghantaran di “Northern Grid Extension” itu siap kelak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Julaihi Narawi berkata, buat masa ini, projek bekalan elektrik ke Sabah itu masih dalam peringkat rundingan komersial.

“Pembekalan elektrik sebanyak 30MW ke Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) disasarkan pada 2024 bergantung kepada siapnya projek ‘Northern Grid Extension’,” katanya dalam ucapan penggulungan bajet negeri 2023 di DUN Sarawak, di sini hari ini.

Julaihi berkata, jumlah tenaga yang dieksport itu melibatkan 2% daripada kapasiti sedia ada, iaitu berjumlah 5,996MW.

“Untuk rekod, penggunaan elektrik di Sarawak sekarang berjumlah 4,398MW. Ini bermakna kita masih mempunyai baki sebanyak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version