Hot FM

Sarawak, Kelantan beralih ke Fasa 4 PPN Isnin ini



Sarawak dan Kelantan bakal beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa Isnin ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sarawak dan Kelantan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa Isnin ini, menjadikan semua negeri telah beralih ke Fasa 4 PPN.

Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak khususnya kerajaan negeri yang bertungkus-lumus mengurus situasi pandemik di negeri masing-masing terutama demi memenuhi nilai ambang yang ditetapkan di bawah PPN.

“SOP bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4 PPN adalah sama dengan sebelum ini. Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beliau menyeru orang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version