

KUCHING,: Operasi pembenihan awan yang menyasarkan kawasan empangan utama dan tadahan air di Sarawak akan dilaksanakan bermula hari ini hingga 5 Sept, kata Timbalan Premier Sarawak Douglas Uggah Embas.
Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) berkata operasi itu bergantung kepada kewujudan awan yang sesuai serta keadaan atmosfera yang menggalakkan.
“Sasaran kami hari ini ialah kawasan loji hidroelektrik Batang Ai terlebih dahulu. Selepas itu, pasukan akan bergerak ke Murum dan Bakun untuk menilai keadaan awan di kawasan berkenaan.
“Selain itu, kami turut menyasarkan 13 kawasan tadahan air di Sarawak. Tujuannya adalah untuk meningkatkan jumlah air di kawasan berkenaan,” katanya selepas menghadiri taklimat mengenai operasi itu.
Operasi berkenaan antara lain melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara…