

Sarawak sedang membangunkan beberapa projek perintis bagi model baharu perumahan mampu milik untuk isi rumah berpendapatan pertengahan (M40).
Premier Abang Johari Openg berkata projek perintis dijangka dilaksanakan di Kuching dan satu lagi berhampiran Samarahan, lapor Borneo Post.
“Kita kini mula membuat pengiraan mengenai jenis rumah dan kosnya, dalam lingkungan yang mampu ditanggung oleh M40,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu acara di Balingian.
Beliau berkata inisiatif ini perlu kerana ketersediaan dan harga tanah semakin mencabar, khususnya di kawasan bandar.
Inisiatif ini akan membabitkan kerjasama antara agensi negeri, termasuk Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak dan Lembaga Kemajuan Bintulu.
Abang Johari berkata kerajaan negeri akan menilai hasil…