
PETALING JAYA: Parti berpangkalan di Sarawak boleh menentukan masa depan negeri Borneo itu tanpa perlu bergantung kepada parti nasional, kata Abdul Karim Rahman Hamzah, pemimpin kanan Gabungan Parti Sarawak.
Menurutnya, tadbir urus Sarawak perlu kekal di tangan rakyat Sarawak tanpa campur tangan parti politik seperti Umno, PKR, DAP dan PAS.
“Sarawak tidak perlu parti luar untuk mentadbir Sarawak,” katanya menurut Dayak Daily.
“Negeri kita mesti dipimpin rakyat Sarawak, mereka yang memahami keadaan hidup dan aspirasi rakyat kita,” katanya yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen terbesar dalam GPS.
Bercakap dalam Mesyuarat Agung PBB Lambir, Karim menggesa perpaduan perlu diperkukuhkan dalam parti untuk memastikan kesejahteraan jangka panjang Sarawak dan menangkis…