Kerajaan negeri mengambil inisiatif itu memandangkan kesukaran mereka mendapat pekerjaan apabila bebas.

PETALING JAYA: Sarawak bakal menjadi negeri pertama mengambil inisiatif membantu bekas banduan termasuk pemberian geran bagi memulakan perniagaan mikro.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Fatimah Abdullah, berkata program dipanggil ‘E-Life’ itu akan bermula tahun ini, memandangkan kesukaran bagi bekas banduan mendapat pekerjaan apabila mereka keluar dari penjara.
“Menerusi E-Life kami menyediakan sistem sokongan di mana kami mendapat kerjasama daripada Jabatan Penjara dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama beberapa agensi lain supaya kita dapat mempunyai program holistik selepas mereka keluar dari penjara.
“Program ini…